السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada ibubapa yang
anak-anak mereka sedang menduduki peperiksaan PMR minggu ini. Luangkan
masa sedikit untuk membaca artikel ini sekiranya tidak sibuk dengan
tugas dan kerja-kerja rumah. Buatlah untuk anak-anak anda amalan ini
semasa mereka sedang bergelut menjawab kertas-kertas soalan PMR. Doakan
mereka tenang dan ingat kembali pelajaran yang telah mereka pelajari
itu. Mohon kehadrat-Nya supaya diberikan kejayaan yang cemerlang untuk
anak-anak kita.
Diatas sana captain
mengambil beberapa keratan komen-komen pembaca di blog ini yang telah
berusaha dengan amalan-malan tersebut. Moga-moga dimakbulkan-Nya.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x
.jpg)
6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan
bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan.
Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh
kejayaan yang besar.
Sekian Wasallam.
0 komentar