السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada
pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin. Malam pertama menjadi
kenangan yang sangat indah dan manis untuk dikenang. Jika mahu
kebahagiaan berumahtangga itu kekal ke anak cucu. Jadikan malam yang
seterusnya seperti malam pertama yang dahulu. Mungkin tidak akan sama
kerana keghairahan itu semakin malap kerana ditelan usia seperti penulis
yang sudah 25 tahun berkahwin. Tapi kenangan itu tetap kekal dalam
ingatan.
Mungkin
banyak pasangan yang sudah lama berkahwin apabila nak bersama sudah
tidak lagi membaca doa sebelum bersetubuh kerana mungkin sudah terlupa
doa tersebut. Sekurang-kurangnya bacalah Bismillah sebelum bersetubuh.
Malam
pertama adalah untuk suami pecah dara isteri sememanglah waktu yang
mendebarkan buat suami dan isteri. Pecah dara isteri adalah pengalaman
seks yang akan dikenang sepanjang hayat maka lakukannya dengan penuh
kasih sayang. Pada pasangan yang baru berkahwin diingatkan selalu
membaca doa sebelum berjimak untuk mendapat zuriat yang baik. Jangan
main hentam semacam bila naik "syeikh".
Malam
pertama adalah malam belaian. Malam dimana suami isteri mengenali tubuh
badan masing-masing. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya.
Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa
berahi kepada isteri. Biarlah malam yang penuh berahi itu tidak disertai
dengan syaitan yang dilaknat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud:
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku!
Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau
kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan
mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk
selamanya.
Doa Sebelum Berjimak
Ertinya:
Ertinya:
Dengan
nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari
syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.
Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.
Islam
mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang
luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak
petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam
pertama dan jimak suami isteri.
Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:-
- Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
- Berwuduk selepas melakukan persetubuhan.
- Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.
- Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
- Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
- Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri.
- Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
- Keselesaan dalam hubungan kelamin.
- Kesederhanaan.
- Mensyukuri nikmat.
- Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain.
Nak tahu secara terperinci tentang "Malam Pertama" untuk pasangan yang akan berkahwin tahun ni klik SINI.
Wasallam.
0 komentar