السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada pagi jumaat yang
mulia ini, mari kita muhasabahkan diri kita. Jika suatu hari nanti kita
terlantar di katil wad ICU dan berada dalam keadaan nazak sedar atau pun
koma pada masa itu. Dikeliling anak-anak dan isteri tersayang. Ataupun
kita berada disamping orang yang kita kasehi, ibu atau bapa yang sakit
berbulan lamanya. Sedang tenat menunggu saat-saat sakaratul maut datang
menjemput. Adakah kita sudah bersedia atau masih leka lagi dengan nikmat
dunia yang hanya sementara ini. Kita mungkin tak kisah semua itu kerana
masih muda, segar dan kuat. Kalau ikut hukum alam, yang tua akan mati
dahulu. Yang muda lambat lagi mati.
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a. bahawa Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud,
"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Malaikat Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"
Manusia tidak akan sedar
bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali
orang-orang yang solehin yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini
tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran Malaikat Maut, kerana
mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan
hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit, 1440/ 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minit
Ini bermakna Malaikat Maut menziarahi kita setiap 21 minit. Bayangkan semasa kita sedang gelak ketawa menonton "Maharaja Lawak Mega" yang selama 1 jam itu. Malaikat Maut telah datang melawat kita sebanyak tiga kali.
Moga-moga kita tidak
lalai selepas ini dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan senantiasa
beringat akan tarikh kematian kita yang kita sendiri tidak tahu bila
agaknya.
Berbalik pada tajuk N3
pagi ini. Doa-doa ini elok dibaca pada pesakit yang sedang nazak seperti
pesakit pesakit kanser yang kritikal, cedera parah selepas terlibat
kemalangan dan dsbg. Sebagai
anak-anak kepada ibu atau bapa yang sedang sakit dan tiada harapan lagi
untuk hidup. Menangis dan meratap itu tidak akan memberi sebarang
manfaat kepada mereka.
Yang baik bacalah surah
yasiin. Berilah minum air yasiin atau air zam zam dan basahkan pada
bibir mereka. Pada saat ketika menunggu sakaratul, mereka terasa amat
haus dan panas. Bergantunglah kepada amalan yang mereka telah lakukan
sebelum sakit.
Diantara doa-doa yang baik dibaca:
Maksudnya:
"Ya
Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku
dengan kekasih yang Maha Tinggi. (HR Al- Bukhari 7/10, Muslim 4/1893).
Nabi SAW memasukkan kedua tangannya ke dalam air, lalu diusapkan ke wajahnya dan beliau bersabda:
Maksudnya:
"Tiada
Tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya mati itu mempunyai
sakarat. (HR Al-Bukhari 8/144 dengan Fathul Bari dalam hadis terdapat
keterangan siwak."
Maksudnya:
"Tiada
Tuhan disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, Tiada ada Tuhan yang
berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, Tiada ada Tuhan yang berhak
disembah selaiin Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Tiada ada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, bagi-Nya kerajaan dan
bag-Nya pujian. Tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah.
Tiada ada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah. (HR
At-Termidzi dan Ibnu Majah. Menurut pendapat Albani hadits tersebut
adalah shahih. Lihat pula shahih At-Termizi 3/152 dan shahih Ibnu Majah
2/317)
Maksudnya:
Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah "Lailaha" akan masuk syurga. (HR Abu Dawwod 3/190 dan lihat shahihul jamin 5/432).
Wasallam.
0 komentar